This photos are dedicated to my sis yg x balik raya...kesiaaan....jeles la mcla..
Thursday, December 18, 2008
Wednesday, December 17, 2008
Cerita hari tu.....
Trip ni mmg bz..tp bz smpai kelmarin je...sebab cikgu dh balik pn ari isnin ari tu...
byk benda nk kena keja dateline..DS Training ni kena siapkan pada bulan Jan 2009 ni..skrg ni ada lg 6 assessment report nk kena wat..
Sedar x sedar..rupanya dh lebih setahun aku kat sini utk siapkan training..kejap je rasanya..aku igt siap dlm setahun stgh gak..tp memandangkan utk dpt BTEC cert ni kena siapkan sblm februari, maka terkejar-kejar la trip ni n trip lepas utk siapkan dlm januari ni gak. So aku ada 1 trip lg utk wat 6 lg assessment. Pastu maybe aku balik tempat asal balik..tu pn kalo boleh..
Ni la rupa meeting room awal2 trip ari tu..ni ok lg..2 3 hari lepas tu lg teruk...kapal pecah..
Ada 1 ptg..turun aku ke production deck utk amik gamba apa2 yg patut masukkan dlm report..
tp sekali tu je la aku turun ke production deck sejak aku naik trip ni..biasa mmg abiskan masa wat report kat meeting room ni la...
CO2 Fire Suppression & Extinguish System
Pressure Controller PIC 110
Ni la antara gamba2 yg sempat diambil masa dok round tu..susah nk cari pressure controller yg aku nk tu pasal xde tag number..nasib baik la 2 org lg tu bijok x srupe aku..kenal la jugok mende nih..aku xtau gapo..aku amik gamba jah pastu tunjuk at cikgu, rupa2nya mmg betul la pulak..
Hohohoho smpat lg bergamba di samping flare..disamping???
ok la tu..cikgu pn dh balik hari isnin baru ni..so lepas cikgu balik tu kira rilek la sket..walaupon dia ada tgglkan assignment tu kitorang buat...maka ni dok wat assignment la 2 3 hari nih..hahahahahaha (konon)..
ok aa..
Tukang Karut eye pada 10:52 AM 0 kutukans
Friday, December 12, 2008
Cerita hari ini
Dah lama la pulak x update..tp kalo update pon ntah sape yg nk baca...
idea tu byk..tp malas pon byk gak..so terkontang kanting lah blog ni digantung x bertali..
Aku baru smpai offshore semalam..setelah 14 + 5 hari cuti..cuti raya..
hari ni dh bertimbun keje menunggu..
jd disebabkan aku ni mmg rajin wat keje..maka aku stop kat sini utk memberi laluan kepada keje yg x siap2 lg nih..
Tukang Karut eye pada 10:10 AM 1 kutukans
Friday, November 21, 2008
Cerita sampingan...sebagai panduan..
Jelingan Ayah...
Kisah ni betul2 terjadi sewaktu aku masih kecik lg. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika ke kedai, kalau aku mengambil gula2, dia akan menjeling padaku. Maksudnya dia menyuruh aku meletakkan gula2 tersebut kembali ke tempat asalnya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari aku mengikut ayahku ke surau utk solat maghrib. Ketika rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yg ingin membantu, dengan naifnya menarik kembali kain yg tersepit tu. Ayahku yg sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku faham maksudnya itu, lalu dengan perlahan-lahan aku terus memasukkan semula kain tok imam ke celah punggung tok imam td. Apalagi, menjerit melatah la tok imam tu. Abis satu jemaah solat batal kerana terkejut dengan latahan tok imam td. Ayahku dengan muka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. xs
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya....
Moral : jangan pandai2 nk masukkan kain ke celah punggung tok imam..
Sekian.
Tukang Karut eye pada 9:20 AM 4 kutukans
Labels: teladan
Wednesday, November 19, 2008
Cerita sampingan... Paku Di dinding..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun utk suatu masalah yg kecil.
Pada suatu hari, bapanya menghadiahkannya seguni paku.."Utk apakah paku2 ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kau marah, kau pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu." jwb ayahnya.
Maka pada hari pertama sahaja pemuda tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas bererapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakannya juga semakin kurang. Dia mendapati, lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walaupun sekali. Dia pon memberitahu ayahnya perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut semula paku tersebut satu demi satu.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut dr dinding tembok. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik anakku..tetapi lihatlah kesan2 berlubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, x kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal dengan perbuatanmu, namun lukanya tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu sehingga beroleh kejayaan. Sahabat juga adalah pendengar, Berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kamu...

Tukang Karut eye pada 9:05 AM 1 kutukans
Labels: teladan
Subscribe to:
Posts (Atom)