CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Thursday, March 5, 2009

Cerita Untuk Wanita..

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."


Tuesday, March 3, 2009

Cerita aksi Amar Rifqi

Ni nk citer la pulok pasal aktiviti2 terbaru amar rifqi...ye la semakin besar, semakin aktif la pulok melakukan aksi2 ganas la jugok kalu nk difikirkan..

Salah 1 xtvt Rifqi di kala kesunyian..panjat sofa merenung masa depan sambil menikmati keindahan alam sekitar di tepi rumah yg xde la indah pn..Ye la time aku kat laut, biasanya lepak dalam rumah je la sepanjang hari kena kurung, mana x boring..kecuali petang2 baru la leh g jalan umah nenek dia..

Yang ni termasuk xtvt terbaru la jugak..tp skrg dh kena banned la..bahaya nih..dipanjatnya tv..sebab rak tv rendah je..Ni betul2 la panjat la ni yg wife aku sempat snap. aksi selepas panjat, dia berdiri atas tv n nari shuffle la pulak seround..masa ni dh xleh nk snap la..kena jaga takut dia jatuh la pulak..

Lepas panjat, masalah nk turun pulak..disebabkan dia xde g kursus utk turun balik selepas panjat, maka dia pn menangis la mintak tolong nk turun..

Kete ni baru beli la ni. Nmpk dia minat sgt ngan basikal kat umah nenek dia, so aku beli la wat suprise kat dia masa kau balik keje bulan lepas.. tergamam x terkata la dia bila masuk je umah nmpk kete ni parking tgh2 ruang tamu..tp dh mmg dlm gene dia, xleh wat sesuatu perkara secara normal, maka dia pn panjat la jugak kete ni..atas seat kete ni pn dia smpat shuffle gak..

Merenung masa depan lg..sian dia..xde keje nk wat la tu..dh mmg budak ni xleh dok diam la kot..

Dalam kete pn sama gak..biasa volume cd dia la tlg kuatkan..bila dh kuat sgt, dia cover kononnya dia suka dengan menari la pulak..pastu kalo nk main gear, mesti dia pandang aku dulu..nk tgk aku marah ke x..biasa kalo aku sound sket, mesti diam peluk mak dia..selagi aku x tego balik, mmg mandom la muka dia..anak bapak la katakan..




Yang ni on da way balik KB la ni..sebenarnya cadang nk stay kat Merang Suria pulak tp bila dh lewat sgt smpai kuala ganu, kitorang terus la balik kb..

Amar Rifqi dh xleh masuk dh dlm almari dia..dia dh besar la kot..ari tu siap buleh wat u-turn lg dalam tu..apa2 pn ruang tgh mmg tetap kosong utk kemudahan beliau..

Hampar sejadah nk semayang magrib..org sibuk semayang dia nk semayang gak. So mertua aku bg la satu sejadah kecik utk dia..so bila kitorang nk solat, hamparkan sejadah utk dia kat sebelah...kalo x, sibuk la dia nk sujud gak..

Itu saja la rasanya utk kali ni..

Cerita hari-hari yang mendatang..

Hari ni start la percutian di pelantar minyak..pakej 14 hari 14 malam..
Apa nk buat, cikgu x naik sama2 smlm..maybe cikgu dah naik dulu ke platform lain..biaq pi la. Maka hari ni start la hari yang membosankan yang akan berlanjutan sehinggalah nk balik nanti..cemana la nk siap training camni (kononnya mengeluh, padahal best la cikgu xdok).
So macam biasa la kalo cikgu xdok..mcm ni la..aku xleh gak tulis byk2..nnt kantoi ngan cikgu..pecah kaca pecah gelas...bukan..pecah rahsia..Kul 9 baru nk bangun. Nk jd gapo la budok nih..koho tuo koho x jadi..Bangun tdo, baru je nk layan mengeram n mandi, ada call pulok..cepat2 kena pakai coverall turun amik call..laptop mmg dh on dh, tunggu masa je nk layan benda2 x berfaedah camni..
Kul 9.30 turun makan..lepas makan lepak la aku kat bilik je..malas la nk turun meeting room. Abedin aku tgk dok terbongkang lg atas katil tuh. tghr la jwbnya, tunggu lunch.
Skrg ni dok belek2 blog..skype sket2..pastu try software dvd ripper..baru aku tau ada wujud software camni..sbnrnya aku penah dengar benda ni, n penah ada installernya, tp aku x tau mende fungsinya.. so aku try la rip 1 dvd ni..tgk perkembangan cam menarik je..
eh nnt nk upload gamba pencapaian terbaru rifqi la pulak..ada gamba best..

Monday, March 2, 2009

Cerita Pisang & Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg.nanti mak marah.

Cerita 1st day..

dear...sape?


Dh sampai offshore..naik chopper td kul 2.45 la lebih kuren..x smpai 5 min flight, dh terbongkang..ngantok weh.
Pagi td drive lepas subuh, kul 10.45 smpai kerteh..dh la hujan sepanjang perjalanan..smpai kat kerteh, panas terik la pulak..
sampai offshore lebih kurang kul 4 pm...setelah 14+2 hari off.

maka buleh la kembali berblogging..kat umah x smpat nk update pape..busy lak dengan bisnes..huhu x sangka aku leh terlibat ngan MLM yg aku benci sejak kecik lg..abis dh mmg pulangan memuaskan la jugak, sbb tu la terminat lak nk join..

rilek la dulu..hari mula2 xleh start keje lg..mabuk darat lg..kena rilek dulu 4 5 hari baru leh start wat keje..(mcm la ada keje)..lepas tu 4 5 hari sblm balik kena rilek lg..persediaan utk balik darat lak. maka begini la hidup aku yg penuh keboringan xde mende nk wat..

sekian terima kasih