CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Monday, February 15, 2010

Cerita terpesong - U-turn balik la

Sudah terpesong jauh dr kejadian asal blog ini. Aku bukak blog ni sejak Nov 2008 bertujuan berkongsi pengalaman tentang kerja di offshore platform. Masa tu aku dok wat dual skill training kat platform jiran. Disebabkan hampir sepanjang masa dok depan laptop, aku pon bukak la 1 blog ni utk mengisi masa lapang sambil2 wat report training tuh. Ni rupanya platform tempat aku wat training selama hampir setahun setengah.


Aku start kijo awal tahun 2005. Skrg ni dh 5 tahun aku bertugas sebagai dual-skill techinician. Core skill electrical & 2nd skill instrumentation. Bab keje lak lebih kepada electrical walaupon aku ada skill jugok dlm instrumentation.
Keje bab electrical lebih kepada maintenance. Byk electrical equipments kat offshore installation dr yg besa smpai la peralatan kecil2 mcm kat umoh. Kat offshore pakai sistem US. Ada 3 buah generator yg generate 480V 60Hz. Kalu kat darat ikut sistem UK iaitu 415VAC 50Hz. 480V akan di stepdown lak ke 277V & 115V mengikut equipment yg digunakan. Byk equipment kat laut pakai 480V & 115V. Tapi kat living quarters byk pakai peralatan spt di darat so pakai 240V la. Kat umoh pakai 240V.
Keje instrumentation lebih halus la dr electrical sbb banyak melibatkan electronic devices. Voltage pon biasanya 24VDC. Instrumentation melibatkan 4 process control iaitu flow, level, temperature & pressure. Keje instrument ni dok jaga devices yg terlibat dlm process control la. Contohnya spt transmitter, switches, logic control, dan manyak2 lg la.
Masa aku bukak blog ni aku dok training 2nd skill aku iaitu instrumentation. Kalu x silap aku start training ni awal 2008 la rasanya sehingga la bln 3 2009. Lepas tu aku masuk balik ke platform asal aku. Ni gamba platform asal aku.



Balik ke platform asal - kena keje balik la jwbnya. Tu pasal dh lama aku tinggalkan JE sbb busy ngan keje. Lagipon line internet kat laut tersangat la kiok. wat sakit ati je ngadap laptop lama2.
Bulan April 2009 aku balik ke platform asal aku. Nasib baik buleh balik ke tempat asal. Ramai yg undergo training kemudian kena tukar ke platform lain. Bukan xnk, tp rilek la dulu. Baru je keje 5 tahun tolak cuti 2 minggu setiap bulan tolak training setahun stgh..ciput je la sbnrnya jumlah masa keje aku hehehe..tp gaji kaw2 la..
Tambah lak lg, biasanya aku kena bertugas kat remote platform yg letaknya lebih kurang 5km dr mother platform. Remote platform juga dipanggil satellite platform. Ni rupanya remote platform tersebut.


Xdok mende pon kat sini. Kat sini aku kena jaga 1 generator diesel & 1 microturbine generator. Lain2 xdok mende sgt just wat periodic maintenance peralatan2 elektrik je la..Byk rilek la kat sini. Boring nk mampus..internet pn xdok. Hiburan takat astro la tu pon baru je ada..kalo dulu2 awal2 aku keje dulu ada tv ngan vcd player je. VCD lak dok ulang citer sama beratus2 kali smpai cd tu calar leh wat cuci periuk. Sekarang dh advance. Ada astro, ada microwave, ada induction cooker & lain2 lg la. Tp skrg aku dh bwk laptop so xde la boring sgt dok sini. Layan muvi la jwbnya.
Sebenarnya aku ada post citer seumpama citer ni sblm ni. Tapi disebabkan aku nk refresh balik tujuan asal kewujudan blog ni maka aku pon dengan rajinnya menaip malam ni. Kena hindarkan sikit ketagihan terhadap emas & perak yg melampau2 sebulan dua ni. Kena slow down sket la...byk benda lg duit nk pakai hehe...
Tp sejak bergiat aktif kembali dlm arena emas ni..& aktif merapu meracau kat website JE ni..ramai lak follower. (Untuk readers yg bukan dr JE, buleh klik JE tu utk menambah ilmu tentang emas).Ye la adat blogging, i folo u..u folo i...
Ada 2 hari lg sblm kembali ke laut. Stop dulu la..sekurang2nya aku kembali kepada SOMETHING ABOUT MY OFFSHORE LIFE. hehehehe...
Sekian terima kasih.

Friday, January 29, 2010

Cerita bapa mithali

Bersiaran bersama anak la pulok..sekian terima kasih.........



gini la rutin nk ngadap laptop bini suruh pegang anok..
lokasi - dapur

Wednesday, January 27, 2010

Cerita baru...

Assalamualaikum wbt.


Semalam aku menyambut kelahiran anak kedua. Baby boy seberat 3.65kg dilahirkan pada 26/01/10 jam 7.17am di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Terpaksa diberanakkan lebih awal kerana mmg doktor saspek baby besa..kalu tunggu due 30hb nnt susah la pulok, & kalo 30hb tu x beranak lg maka terpaksalah doktor belah...maka kena induce la bini kawe. Dok labour room dr sblm tghr 25hb lg sehinggalah bersalin pd pg semalam. Rugi saje amik deluxe room tuh..seharian dok labour room jah..
Hari ni jam 12 tghr my wife & baby discharged. Kopak gak dkt rm2k. Insurance cover rm1.8k je..kedekut sungguh my company.
Dh terasa malas nk menaip.Nk cerita benda lain lg tp malas..sambung lenkali la..lenkali upload gamba baby baru..nk kejar emas & perak dulu hahahaha...
sekian

Friday, December 18, 2009

Cerita yg x berkesudahan

Assalamualaikum wbt.


dh lama lak x post any entries for my blog nih..
skrg dh busy lak ngan facebook..ramai lak kwn2 lama dlm fb..so byk layan fb je la..


Tuesday, June 30, 2009

Cerita bergambar lagi...malas nk menaip

Disebabkan aku bz memafiakan diri serta malas nk menaip..layan gamba je la..


Jadi apakah pendapat anda tentang jejaka di atas?
Adakah beliau seorang yg desperate nk dapatkan awek?
Adakah beliau seorang yg teramat hensem smpai buleh mengofferkan diri beliau sedemikian rupa?


Cerita kenapa aku x suka naik motosikal

Sebenarnya aku malas la pulak nk menaip nih..maka nk disenangkan cerita aku wat cerita bergamba la..lg senang adik2 nk faham..klik pada gamba utk besarkan..pastu uolls leh baca la story aku pasal kenapa aku anti motosikal...




image ni dicedok dr email oleh encik joe takumi..MatCo Vastalux paling hensem di dunia..

Monday, June 22, 2009

Cerita kawan untuk kawan2...

Email from Medic dated on June 20, 2009

 ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ 

 

Assalamualikum & Salam Sejahtera

 

 

Untuk Makluman Dan Perhatian,

 

 

Seorang kakitangan di pelantar Be*** A , En Sakeri B Muhamad ( Electrical Aworldtech) telahpun berkhidmat di Be*** A selama 9 tahun dan menetap di Pasir Mas Kelantan.

Beliau mempunyai enam orang cahayamata .

 

Untuk pengetahuan ,beliau telah dimasukan ke Hospital Pakar Perdana lebih kurang 2 minggu yg lepas kerana mengalami sakit di bahagian tulang belakang dan tidak boleh berjalan juga  tidak mampu untuk bergerak sendiri.

 

 Diagnosis awal yang diketahui beliau di syaki menghidap penyakit tibi tulang yang  menyebabkan salah satu dari tulang belakang beliau mengecil atau mereput  dan urat saraf tersepit.. Oleh kerana masaalah insurans kesihatan dan penyakitnya memerlukan kos yang tinggi untuk tujuan rawatan, En Sakeri di pindahkan ke HKB (Hospital Kota Bharu).

 

Pada 18 june 2009 (2 hari lepas) beliau telah menjalani pembedahan di HKB,selepas itu dimasukan ke ICU kerana keadaanya kritikal selepas pembedahan ,alhamdullilah kelmarin keadaanya agak stabil dan telahpun di tempatkan di wad teratai.

 

Satu delegasi dari Be*** A telahpun membuat lawatan untuk melihat keadaan  beliau disamping memberi sumbangan.

 

Di harap kepada semua yang ingin memberi sumbangan bolehlah berbuat demikian melalui akaun isteri beliau - CIMB :03020067430520(Rogayah Bt Noh) @ menghubungi beliau di no tel(019 9610915)

Juga sumbangan anda boleh diberi kepada Medic Be*** alpha untuk disampaikan kepada beliau.

 

 

Di doakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat untuk menjalani tugas harian.

Wassalam.

 

 Medic Kamarulzaman

Be*** Alpha

Cerita yang x kesampaian...

Assalamualaikum wbt.


Rupanya ada gak org baca blog aku..walaupn dh lama aku x update..

Aku cuba gak la sket2 walaupon aku xdok modal pn ni..biasanya modal mai sdiri...

Lama gok aku x update blog..ari tu sbb sibuk ngan emas..pastu skrg ada benda baru lak..sibuk main game mafia wars kat facebook. Aku pn xtau la mende yg best sgt pasal mafia wars..padahal main cam bodoh gtu je..takat klik pastu klik pastu gtu je...tp jd ketagih la jugok. Tiap2 hari ada peluang je mesti main mafia wars. Yang bestnya sebab ada org nk potong level aku..tp aku rasa smpai bila2 pn dia xleh potong..har har har. Sila cuba bersungguh2 ye kepada sesiapa yang berkenaan..

Facebook dh lama aku bukak..tp baru skrg aku mengaktifkan diri. Tu pn sbb mafia wars..sambil2 tu wat kuiz. Menarik la jugak..wat mengisi masa lapang bila2 ngular..

Cite pasal keje sket. Sbnrnya platform ni ada shutdown activities sejak 18hb lg..& mlm td baru back on line. X reti la aku nk citer apa sebenarnya shutdown nih. Gini..shutdown adalah bila platform stop producing crude/gas, utk sesuatu kerja yg memerlukan no oil flowing. adoii..apa aku ckp ni..Jd masa shutdown ni, semua well offline..

Untuk shutdown tahun ni, core job adalah cuci pipeline, dengan menggunakan Intelligent Pig (IP). pig atau babi adalah istilah yg digunakan pada satu alat yg digunakan utk mencuci pipeline..

eh malas la aku citer pasal ni..x reti la aku nk huraikan.Aku pn bukannya faham sgt pasal process ni..Aku electrical, x sendik sgt la pasal process..

jd lain kali la aku cite..aku nk g kijo ni..byk OT aku bulan ni..kaya la aku bulan depan,,buleh wat joli..

ok aa...babai

Saturday, May 23, 2009

Cerita pasal kerja...kembali ke pelantar asal

Assalamualaikum...hi tawan2...

Hari ni aku cuba meluangkan masa nk post entry..Dh lama rasanya xdok entry baru..almaklumlah..albusy la sket loni...

Selama setahun setengah aku undergoing Dual Skill Training kat platform sebelah..now i'm back to my original platform. Maksudnya aku kembali bekerja setelah honey moon selama setahun setengah ngadap laptop tiap2 hari dr kul 8 smpai tgh mlm. Mata aku pn dh rasa lain macam. Maybe effect ngadap laptop la kot. Tapi org lain lg teruk tiap2 hari ngadap monitor kan? X kira la ore lain..

Setelah bercuti selama 9 hari, aku naik ke platform ni pada hari Sabtu 16 Mei.. Hari Guru tu. Terkenang gak masa jd cikgu dulu...walaupun just kojap yo.. Masa hari guru ni la dok kutip hadiah dari anak murid.Abg x mintak, anak murid yang bagi. Yang bestnya, budak yg aku x ngajar pn ada bg hadiah gak. Secret admirer pon ada gak..hohoho...ye la cikgu muda. Cikgu2 lain dh season dh..

Hadiah paling x masuk akal adalah sekotak rokok dr sorang murid Cina. Pelajar aku la ni. Aku pn x igt aku ngajar form brape..rasanya form 3 kot kat 2nd school..Ajar Math.. Kat 1st school aku ngajar form 1 & 2 je rasanya. 

Budak Cina sorang ni mmg kamceng la ngan aku. Penah gak aku isap rokok sama2 belakang kantin. Gilo sungguh rasanya. Kalo kantoi mau kene reject la aku. 

Tu pasal budak laki.. Budak ppuan Cina ni lain lak citernya. Ada sekali tu (sekali la konon)..masa tu petang rasanya. Aku ada wat kelas tambahan utk sesape yg nk belaja je la. Watpe aku nk paksa budak2 yg xmau belaja tu datang kan? Budak Cina 2 org ni, masa tu ada beberapa org je budak dlm kelas.. Budak 2 ni ada la tanya soalan, so aku gi la duduk kat meja dia tulong selesaikan soalan dia. Masa tu sorang budak ni dok main gosok2 peha aku..haiceh..nk mnenyetimkan diri la jugak time tu..pastu sorang lg gelak..dia kata 'haa..cikgu makan pau' - ayat yg smpai skrg aku x paham.

Tu kisah budak cina.. Tang budak Melayu lak..aku ingat lg nama dia syikin la kalo x silap. Yg ni lg ngok..masa aku tgh mengajar kat depan..ada satu masa aku pandang dia - ada ke patut, dia dengan gaya menggoda kenyit mata kat aku, pastu jilat2 bibir dgn mata stim. Cilaka sungguh la.. nasib baik la aku baik..kalo aku x baik, mau aku bawak balik umah.

Amboi sungguh panjang cerita pasal cikgu..ye la ada org ucapkan selamat hari guru, terkenang gak zaman muda2 time jd cikgu..byk sungguh kisahnya. Lenkali cite la...nk balik belek balik album masa zaman muda2 dulu..

Sambung citer pasal kerja...Datang hari Sabtu..hari pertama byk la briefing & review pasal kerja & progress keje aku. Hari tu gak aku kena wat keje..Pastu hari Isnin aku kena gi remote platform. Remote platform ni mcm anak la kepada mother platform tempat keje aku skrg ni. Skrg ni unmanned - tp kena g bila ada keje yg nk wat kat sana. Kecik je remote platform ni. Kalo dulu2 mmg teramatlah boringnya kat remote platform ni. Xdok hiburan. Yang ada dulu TV & VCD player pastu sebijik PC. Jd kejenya melayan VCD calar balar yg sama tiap2 trip ke sana. Tp skrg dh ada astro, so xde la boring sangat. Yang bestnya dulu gi remote platform adalah pasal OT. Kalo standby kat sana (tdo situ la) ada tambahan OT sebanyak 3 jam sehari. So biasa dulu kena g dlm 3 or 4 hari. Tp aku penah dok sana smpai 8 hari. Teramatlah sangapnya. Raya Haji pn aku penah kena dok remote platform ni. Bayangkan beraya kat tgh laut 2 org je.

Ni rupanya platform tempat aku wat training selama sthn stgh tu. Masa aku study kat Instep dulu aku penah mai sini gak utk on job training. Tp 2 minggu je. Masa tu punya la jakun. Masa tu gak la 1st time naik helikopter. Tp xde la layan sgt, 5 minit heli tu naik aku dh tertido..Smpai platform baru sedar balik.. & begitulah seterusnya smpai la skrg...

Yang ni lak platform tempat aku keje skrg & tempat aku keje selama 3 tahun sblm aku gi wat training. Yg ni mother platform. Nama platform ni tuuut... Skrg aku blk semula ke platform ni & nasib baik aku masuk balik crew aku yg asal. Cerita pasal crew - kat sini regular crew ada 4 crew - A, B, C & D. Setiap crew kerja selama 2 minggu. Crew A akan back to back ngan crew C & crew B back to back ngan crew D. Maksudnya mmg antara crew ni x akan keje bersama2 la - jumpa pon masa nk balik & dtg tu je..selisih kat tangga menuju ke heli deck. Crew berturutan lak akan overlap. Maksudnya crew A akn jumpa crew D seminggu & crew B seminggu. & seterusnya. Paham ke x? Untuk regular crew, hari crew change adalah hari Khamis. Maka aku pn akan balik hari kamis ni la..28hb..utk bercuti lak selama 2 minggu. Begitu la adanya. Mmg best la keje sini. keje 2 minggu pastu cuti lak 2 minggu. Gaji xde lak pakai gaji 2 minggu je. Gaji memang tetap sebulan. Buleh tahan gak la. X malu la ngan keje aku ni kalo nk dibandingkan dgn kawan2 lama yg ada degree - sbb aku x smpat grad pn ngaji dulu..hohoho..

Seterusnya inilah gamba remote platform yg aku citer td...ada gak panggil satelite platform. Kecik je tuannya. Platform ni adalah gas operated platform. So agak merbahaya la jugak. Bila2 masa buleh meletup..hahahahaha

Untuk ke remote platform ni biasanya by boat la. On special occasion je g ngan heli. Naik boat ari tu terasa kebestan la jugak. Melintang ombak. punya la kuek dia punya hayun. Naik atas platform terus kena landing bg charge balik..

Ni lak rupanya boat yg bawak personnel inter rig. Perjalanan biasanya mengambil masa lebih kureng 20-30 minit bergantung kepada cuaca. Jarak antara mother platform ke remote platform ni lebih kurang 5km kalo x silap.

Ni lak masa nk diturunkan dr platform ke boat. Bergantung kat personnel transfer basket namanya. Sebenarnya ni gamba lama tp camni la caranya turun dr platform ke boat. Pakai crane. Kat mother platform ada crane & crane operator so ni la cara turun naik personnel dr platform-boat-platform.


Yang ni yang best sket. Ni dr boat ke platform. Memandangkan kat remote platform ada crane tp xde crane operator, ni la caranya untuk transfer personnel. Pakai swing rope. Kalo nasib x baik ada gak yg jatuh laut. Pengalaman paling best bagi aku masa melompat pakai swing rope ni, bila ombak terlalu besar. Masa tu aku kat remote platform ni la..Boat punya turun naik smpai leh nmpka propeller. Tp masa tu aku just attend boat landing pasal ada personnel nk naik ke platform. Yg nasib x baiknya last2 xleh naik. So personnel atas boat tu terpaksa la patah balik ke mother platform dengan keadaan ombak yg teramatlah bestnya. Mabuk free mmg kompem.
 
Hari Khamis aku balik ke mother platform ni. Sampai la hari ni hari Sabtu. Keje mmg selalu ada la. Yang mmbuatnya je yg x selalu ada. Apa2pon, dh mmg jarang sgt nk mengonlinekan diri bila dok kat sini. Terkenang kembali kehidupan selama sthn stgh yg mmg teramatlah jarang bekerja.

Panjang lak aku citer..last sekali nk tunjuk gamba awek lama aku...har har har...comel sungguh..tp sayang...



Ok la..panjang doh nih...sambung tgk cite bleach la pulok...pastu meniduri diri..
Sekian sahaja siaran kali ini...Thank you for reading..

Wednesday, May 13, 2009

Cerita tentang Celcom Broadband Prepaid

Hi tawan2!!Pagi2 lg abg bersiaran..Anak abg bgn kul 6 pg lg hari ni. Dan sbg bapak mitali, abg pon membangunkan diri abg beberapa minit stlh ank abg bangun.

Pastu abg terus bukak internet..nk check harga emas PG utk hari ni. Fuyyooo...mahal sey..harga naik lg. Kat bwh ni ada senarai harga PG utk pg td..

(Last updated 13/05/09 6:20 AM)

Selling Price

Buying Price

20 gram

RM 2,221.00

RM 2,088.00

50 gram

RM 5,527.00

RM 5,223.00

100 gram

RM 11,002.00

RM 10,452.00

1 kilogram

RM 110,018.00

RM 104,517.00


Daily Gold Chart

Click to enlarge

Ha yang kecik molek ni pulak KITCO spot gold price utk hari ni..waktu skrg kat New York lebih kurang 6.30pm aaa...ye ke??sbnrnya skrg dh dkt kul 8 mlm kat NY. abg copy punya copy..bila paste kat sini kuar kul 6.30..abg pn x paham la..

Sebenarnya abg nk bercerita secara ringkas pasal celcom broadband prepaid ni. Tp disebabkan abg angau ngan emas, abg tertaip pasal emas lak, pastu tercopy pastu terpaste..abg x sengaja..

Ok..pasal celcom prepaid ni, abg beli kat celcom centre kat KB dgn harga RM25 je. Kat dlm ada airtime sbyk RM20. So dh kira ok la tu.. Ni la rupanya Celcom Broadband Prepaid Starter Pack yg telah dibogelkan. (Canon xde kena mengena dgn citer ni..beliau saja enteprem). Adik2 nmpk x kat bucu starter pack tu ada tulis '1st in MALAYSIA'? Ha tu maknanya abg la org pertama yg ada broadband prepaid ni. Nnt kalo korang beli, dh xde la '1st in MALAYSIA' tu. Ikut gilirang korams laa...


Kat bawah ni lak dia ada citer cemana buleh guna prepaid ni. Abg malas nk taip, snap je senang..so baca la sdiri. Lepas tu ada lak cara2 nk gunakan prepaid ni, samaada terus dr henfon 3G/3.5G, guna PC/laptop+henfon 3G/3.5G, guna laptop+PCI card ataupon gunakan PC/laptop+USB broadband modem.


Abg gunakan cara ke 4..pakai USB broadband modem. Ni la rupanya modem abg..


Ada 2 pakej untuk prepaid ni..1st, Daily Unlimited iatu RM6 utk akses internet selama 24 jam. Dan yang ke-2, Weekly Unlimited utk akses selama 7 hari iaitu RM20. Abg amik yg weekly. Pakai daily rugi lak kan? Cara2 untuk mengaktifkan & register plan ada dlm starter pack. So kalo x faham bila baca web celcom, baca la dlm User Guide dlm starter pack ni. Ada 3 bahasa, pilih je mana berkenan di hati.

Lupa laks...akses internet ni dgn kelajuan 384kbps yang bg aku dh memang ok la tu. But depends on location lak..kalo kat tompay ekau xdok 3G, mako xdo la kolajuan seperti yang diwar-warkan. (tp kat laptop aku ni speed dia dh jd 3.6mbps - kelajuan 3G la tu).

Pasal nk top up, buleh gunakan top up prepaid celcom yg biasa tuh. Cara2 nk topup pn ada dlm user guide. Disebabkan namanya pon prepaid, maka kita kena pre - paid dulu sblm buleh guna. So topup dulu sblm buleh guna. Tp yg mula2 ni dh ada credit sbyk RM20. Prepaid ye tawan2..xyah baya bil bulan2, xyah register2 nama ke apa..

Pasal connection, setakat ni xde la masalah pon. clear je line - kecuali ada gak sekali 2 tersangkut. Ni kalo pakai USB modem, kalo pakai henfon kawe x tau la...tp saing kawe kato dia pakai tepon 3G bereh gok line..clear je..

OK tu je la..bini abg suruh jaga anak...abg lak buat2 nk berak la pulak..hoho..

Sekian thank you.

Tuesday, May 12, 2009

Cerita sampingan : Hati-hati jika minum kopi TONGKAT ALI!

Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, "Abang nak makan apa pagi ni? Saya buatkan nasi lemak..nak? Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti telur nak?"

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal". 

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi, "Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang kari daging...nak? Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet & sour". 

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal!" 

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, "Abang nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng ....nak? Atau abang nak makan fish & chips ke atau burger ke?Atau abang nak hotdog?" 

Suami menjawab, "Tak payahlah! Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal!!!" 

Lalu isterinya pun berkata, "Kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun dari atas saya sekejap!!! Kalau abang tak nak makan, saya nak pergi makan pasal saya dah lapar sangat ni! Asyik naaakk enjooot aje!!! Rimaslah!! 

Cerita tag yang tertangguh & terbabas

Anak-anak sekalian...bapak cuba la meluangkan masa menjawab tag dr encik datin paduka bokbong yg telah mengetagkan bapak sejak 14 tahun lepas. Malam ni baru terbuka minda bapak untuk menjawab tag beliau yang tersebut. Bapak dh bilang, bapak busy banget dengan angan2 mat jenin bapak.. Maka marilah kita sama2 menyaksikan apakah tag yg beliau tagkan bapak...

Nama Timangan
Eyi, Heri, Ayie (skrg dh jd ayie..menyampah aku denga..tp dh org panggil gtu nk wat cemana)..eh nama timangan kan?bukan gelaran kan? mu jange kato gapo la datin paduka!!!


Anda seorang yang....
Pendiam, pemalu, baran (tp 3 minit je, pastu ok)


Insan teristimewa, describekan mengapa die terlalu istimewa...
Anak aku - Amar Rifqi Ezudin..nk describe apa??pasal dia anak aku la..anak butir
Bini aku - pasal dia bini aku..hahaha...malas nk pikir la..

Lagu kesukaan yang dilayan sekarang....
banyak sebenarnya..tp skrg selalu denga D'masiv - Cinta ini membunuhku pasal tiap2 kali naik kete, dok repeat track ni je bini aku nih..anak aku pon minat..

Makanan kesukaan...
masalah ni nk jwb..pasal aku x memilih makan..kecuali yg aku x suka makan

Warna kesukaan...
Dulu blue black..skrg multicolor..rasanya penah jwb..hoho..


3 benda wajib ada dalam beg...
IC, lesen & kad ATM. 


Kali terakhir menangis dan kenapa
2 minggu lepas kot...hahaha aku menangis ke?ye la aku pn ada perasaan gak..kenapa menangis?biarlah mak simpan sendiri rasa hati mak..


Tag 6 rakan yang lain
Ni yg masalah bagi aku ni...ada ke sesape baca blog aku ni?Malas la aku nk tag org lain..gini la..sape nk kena tag, sila la jwb sdiri kata aku yg tag..

Sekian saje siaran kali ini..

Cerita Amar Rifqi & Adam Zikry bersatu

Cerita panas-panas lg nih..baru je bersiaran x lama sblm dipostkan pics ni..Zikry adalah sepupu Rifqi dr KL. Dh dkt 2 minggu kot kat kampung ni. Mak dia alahan so mak kepada mak dia la yg kena jaga buat sementara. Mak kepada mak Zikry ni adalah mak aku jugak. Oleh itu kesimpulannya buat sdiri..

Dari pg lg Zikry dok umah aku..nk main ngan Rifqi..Zikry kata dia sayang kat Rifqi. So aku bagi la diorang main kat sini menyepahkan segala permainanan yang ada. Puas main dalam umah, lepaskan diorang main kat depan rumah lak. X larat aku nk main kejar2 ngan budak2 ni..aku angkut balik masuk umah, bagi susu..Gamba2 kat bawah ni gamba diorang lepak dh letih main la kot..Harap maklum ye Pn Askila. Aku bagi susu Rifqi tuh. Enfagrow gak. Ni la keadaan bilik tv a.k.a bilik main Rifqi lepas dilanggar todak...









Xyah la citer panjang2...tgk gamba je la..nk gaduk kat jutawan emas pulok nih..

Monday, May 11, 2009

Cerita Amar Rifqi & Pole Dance?

Assalamualaikum wbt.

Dah lama rasanya x membloggingkan diri sdiri ngan blog sdiri. Semuanya kerana emas. Tiap2 hari emas. Koya emas. Tp yang hakikatnya...angan2 je lebih..Pasal modal kecik. Tp insyaAllah ada rezeki nnt bertambah. Sekarang dok tunggu harga menarik sket, & kalo time tu ada rezeki lebih, tangkap seketui lg..Or maybe aku kena beralih ngan produk yg murah sket. -DINAR?? simpan 1 dinar sebulan dh ok la tu bg aku. Ye la tukang baca yg tokey2 emas tu jgn kutuk2 aa...aku budak baru blaja nih, walaupun aku adalah bapak budak..

Bercakap pasal bapak budak, ni aku post pics budak kencik nih..wat perangai x senonoh ke apa..aku x ajar aaaa!!!..

Sebenarnya aku nk post pics ni time kat laut hari tu..tp disebabkan asyik sgt monitor graf harga emas turun naik (sambil mengelap air liur) maka entry ni tertangguh sampai la skrg...Ni 1st time aku post entry time kat umah. Sbb aku dh pakai celcom broadband (baru pakai??koman betul).

Sebenarnya dh lama nk apply celcom broadband..tp memandangkan aku just ada 2 weeks kat umah, aku rasa amatlah membazir utk bayar at least rm68/month for celcom broadband. Now dh ok la sket pasal dh ada broadband prepaid. Aku wat yg weekly unlimited - RM20/week. Ok la than baya rm68 for 2 weeks..Baru je tghr td aku gi sambar prepaid broadband nih. RM25 je sekeping..

Maka layan la gamba budak Amar Rifqi ni..aksi latest gak ni.. Aku snap time dia wat POLE DANCE!!?? (lebih ke TIANG KIPAS DANCE nmpk pesennya..)





Amacam??seksi x?ada yg tergoda?nmpak lurah tuu!!!ada yg nk booking wat menantu?Buleh kita berbesan nanti..Hah Shamsul ko kan nk gamba best, amik ni best x?Nk amik wat menantu x?

OK la dulu..saje2 nk activate balik blog aku yg semakin suram nampaknya..Semoga berjumpa lg di lain siaran..nk sambung g study emas nih..cemana agaknya nk bg emas aku bercambah jd 16 keping?ada idea?

(untuk perhatian..this photos are taken at my in-laws house, in my sister-in-law's bedroom. So if somebody saw something that should not be seen in the background, please abaikan & butakan hati - sekian thank you)

Tuesday, April 28, 2009

Cerita koleksi - emas pertama PG 20g

Tanggal 22 April 2009, aku memulakan menyimpan stok emas yang pertama..Disebabkan aku minat ngan Public Gold, maka aku beli la Public Gold gold bar. Dan disebabkan modal yg x berapa nk ada gak, aku beli je yg paling murah yg mampu aku beli, 20gram. Masa aku beli tu sebenarnya xde la masa emas paling murah..tp kira ok la rasanya. Sebab aku nk simpan utk jangka masa panjang. Nk tunggu turun below RM100/gram rasanya lambat lg. Masa aku beli tu harga 20g Public Gold ni RM2154 tambah lak RM10 utk delivery cost. Yang aku x faham sebenarnya delivery cost ni. 20g = RM10, 50g = RM20 pastu semakin bertambah berat semakin bertambah delivery cost. Padahal benda tu bukannya besar sgt pon..hahaha ikut pendapat aku la..
Ni aku nk tunjukkan gamba emas yang aku beli siap ngan certificatenya sekali. Sila tatap la untuk sesape yg nk tatap. Kecik je tuannya..tp aku dh leh start bangga sbb aku dh start menyimpan emas..

Certificate - ada size kat situ..agak2 la besa mana budak emas 20gram ni

Front..siap ada no siri kat bwh

Back - cetak2 byk2 public gold tu pasal minting cost tinggi tu..hahaha..

Sambung cerita..aku beli kat agent Public Gold di Kota Bharu. Nama dia Arifah Arifin. Bila baca balik dlm blog Jutawanemas, mmg syukor pernah mention pasal Cikgu Arifah ni..pasal dia ada ajar cemana nk dapatkan 5-6% keuntungan sebagai agent Public Gold. gtu rupanya..patut la Kak Ery ni siap offer komisen lg kat aku kalo aku introduce buyer.. Tp xpe..try gak promote emas ni kat kawan2 & family..bukan harap sgt kat komisen, tp nk bantu kawan2 & family. Akak tunggu la nnt ada la tu yg nk beli ngan akak..Kepada sesiapa kat Kelantan yang nk beli emas Public Gold, buleh kontek Kak Ery atau nama rasminya dlm web public gold adalah Cik Arifah..hehehe..Cik pon cik la.. Arifah Arifin : 019-9364726/019-9244726 atau email beliau erykhari@yahoo.com.
Jadi sape yg nk beli emas kat Kelantan, kontek la Kak Ery ni pastu masa beli tu jgn lupa sebut nama aku byk2 nnt aku buleh komisen byk2...kan kak ery kan?? Lg satu..anak kak ery lawa tow..tp baru form 3. Sorg je ppuan, so sape jd menantu kak ery leh tumpang best la..So sape berminat, leh kontek skrg (berminat beli emas aa bukan pasal anak kak ery) sbb kak ery sorg je skrg ni agent public gold kat Kelantan..x lama lg ada la lg sorg agent nama eye lak kat kelate..hahaha..
(koreksyen : rupanya ada lg sorg agent public gold kat kelantan, tumpat..x perasan lak..solly)
Tambah lg..ni lak award yg Public Gold dpt dr Malaysia Book of Record..so x perlu risau dengan ketulenan emas keluaran Public Fine Gold nih..

Public Fine Gold telah mencatat rekod sbg pengeluar emas tempatan pertama di Malaysia yg mendapat pengiktirafan assayer dr segi ketulenan gold bar keluarannya (20g, 50g & 100g). Assayer tu pulak maksudnya orang yang menjalankan ujian ketulenan ke atas emas. Nak baca lebih lanjut sila ke blog jutawanemas.
Ok tu je la..sebenarnya dh start malas balik nk update blog ni..tp sbb dh janji ngan kak ery, maka aku merajinkan diri aku utk post this entry.. mood belom mari lg..tp biasanya dh start wat 1, maka akan ada la yg seterusnya...

Sekian.. majulah emas utk diri sendiri...


Friday, April 10, 2009

Cerita pelaburan emas

Merujuk kepada entry sebelum ni, aku menarik balik cadangan pasal gold investment melalui Etika Emas. Pada pendapat aku, wujudnya keraguan/was-was di situ..baca lebih lanjut kat Mungkin Scam. Tapi ni pendapat aku setelah membaca post & komen2 di situ. Depend on uols laa..
Sekian terima kasih

Wednesday, April 8, 2009

Cerita suka2 - cari benda tersembunyi Part Deux

Adik2...utk versi kedua ni pulak abg cabar adik2 cari benda tersembunyi lg...kali ni lebih mencabar wa ckp lu...silakan hantar jawapan anda dengan menaip

SEEK(jarak)JAWAPAN(jarak)NAMA(jarak)NO LESEN(jarak)BIL ADIK BERADIK(jarak)DAH KAWEN KE BLOM(jarak)SEKIAN TERIMA KASIH ke 3223-mak chantek-1994 ext 1423
(*kanak2 berusia 12 tahun ke bawah sila minta kebenaran ibu bapa dan pengetua sekolah)


Ok..cari x cari...

Suweii betoii...

Cerita xcident @ Paka

WARNING! : This entry may contain disturbing images for some people..so kalo takut xyah la tgk!!

Paka, 4 April 2009 - 2 maut dalam kemalangan melibatkan 2 buah kereta di selekoh masjid baru Paka. Kereta Honda Civic dari arah Kerteh ke Kuala Terengganu telah terbabas dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan dan berpusing sebelum melanggar sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dari arah bertentangan.

Pemandu kedua2 buah kereta mati di tempat kejadian. 2 lagi penumpang Iswara, isteri kepada pemandu & pekerja beliau cedera & di hantar ke hospital.

* Tiang lampu berkenaan baru saja dipasang 2 hari lepas & dikatakan tiang lampu ini kerap dilanggar kereta yang terbabas.














Mari la semua pakat2 sedekahkan al-Fatihah...