CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Monday, February 15, 2010

Cerita terpesong - U-turn balik la

Sudah terpesong jauh dr kejadian asal blog ini. Aku bukak blog ni sejak Nov 2008 bertujuan berkongsi pengalaman tentang kerja di offshore platform. Masa tu aku dok wat dual skill training kat platform jiran. Disebabkan hampir sepanjang masa dok depan laptop, aku pon bukak la 1 blog ni utk mengisi masa lapang sambil2 wat report training tuh. Ni rupanya platform tempat aku wat training selama hampir setahun setengah.


Aku start kijo awal tahun 2005. Skrg ni dh 5 tahun aku bertugas sebagai dual-skill techinician. Core skill electrical & 2nd skill instrumentation. Bab keje lak lebih kepada electrical walaupon aku ada skill jugok dlm instrumentation.
Keje bab electrical lebih kepada maintenance. Byk electrical equipments kat offshore installation dr yg besa smpai la peralatan kecil2 mcm kat umoh. Kat offshore pakai sistem US. Ada 3 buah generator yg generate 480V 60Hz. Kalu kat darat ikut sistem UK iaitu 415VAC 50Hz. 480V akan di stepdown lak ke 277V & 115V mengikut equipment yg digunakan. Byk equipment kat laut pakai 480V & 115V. Tapi kat living quarters byk pakai peralatan spt di darat so pakai 240V la. Kat umoh pakai 240V.
Keje instrumentation lebih halus la dr electrical sbb banyak melibatkan electronic devices. Voltage pon biasanya 24VDC. Instrumentation melibatkan 4 process control iaitu flow, level, temperature & pressure. Keje instrument ni dok jaga devices yg terlibat dlm process control la. Contohnya spt transmitter, switches, logic control, dan manyak2 lg la.
Masa aku bukak blog ni aku dok training 2nd skill aku iaitu instrumentation. Kalu x silap aku start training ni awal 2008 la rasanya sehingga la bln 3 2009. Lepas tu aku masuk balik ke platform asal aku. Ni gamba platform asal aku.



Balik ke platform asal - kena keje balik la jwbnya. Tu pasal dh lama aku tinggalkan JE sbb busy ngan keje. Lagipon line internet kat laut tersangat la kiok. wat sakit ati je ngadap laptop lama2.
Bulan April 2009 aku balik ke platform asal aku. Nasib baik buleh balik ke tempat asal. Ramai yg undergo training kemudian kena tukar ke platform lain. Bukan xnk, tp rilek la dulu. Baru je keje 5 tahun tolak cuti 2 minggu setiap bulan tolak training setahun stgh..ciput je la sbnrnya jumlah masa keje aku hehehe..tp gaji kaw2 la..
Tambah lak lg, biasanya aku kena bertugas kat remote platform yg letaknya lebih kurang 5km dr mother platform. Remote platform juga dipanggil satellite platform. Ni rupanya remote platform tersebut.


Xdok mende pon kat sini. Kat sini aku kena jaga 1 generator diesel & 1 microturbine generator. Lain2 xdok mende sgt just wat periodic maintenance peralatan2 elektrik je la..Byk rilek la kat sini. Boring nk mampus..internet pn xdok. Hiburan takat astro la tu pon baru je ada..kalo dulu2 awal2 aku keje dulu ada tv ngan vcd player je. VCD lak dok ulang citer sama beratus2 kali smpai cd tu calar leh wat cuci periuk. Sekarang dh advance. Ada astro, ada microwave, ada induction cooker & lain2 lg la. Tp skrg aku dh bwk laptop so xde la boring sgt dok sini. Layan muvi la jwbnya.
Sebenarnya aku ada post citer seumpama citer ni sblm ni. Tapi disebabkan aku nk refresh balik tujuan asal kewujudan blog ni maka aku pon dengan rajinnya menaip malam ni. Kena hindarkan sikit ketagihan terhadap emas & perak yg melampau2 sebulan dua ni. Kena slow down sket la...byk benda lg duit nk pakai hehe...
Tp sejak bergiat aktif kembali dlm arena emas ni..& aktif merapu meracau kat website JE ni..ramai lak follower. (Untuk readers yg bukan dr JE, buleh klik JE tu utk menambah ilmu tentang emas).Ye la adat blogging, i folo u..u folo i...
Ada 2 hari lg sblm kembali ke laut. Stop dulu la..sekurang2nya aku kembali kepada SOMETHING ABOUT MY OFFSHORE LIFE. hehehehe...
Sekian terima kasih.

4 kutukans:

Unknown said...

Je tu aper..??

eye said...

http://jutawanemas.com

dari spec Q said...

camne nk keje oofshore??

roha said...

mcm best keje offshore nih...yeke?