CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Tuesday, April 28, 2009

Cerita koleksi - emas pertama PG 20g

Tanggal 22 April 2009, aku memulakan menyimpan stok emas yang pertama..Disebabkan aku minat ngan Public Gold, maka aku beli la Public Gold gold bar. Dan disebabkan modal yg x berapa nk ada gak, aku beli je yg paling murah yg mampu aku beli, 20gram. Masa aku beli tu sebenarnya xde la masa emas paling murah..tp kira ok la rasanya. Sebab aku nk simpan utk jangka masa panjang. Nk tunggu turun below RM100/gram rasanya lambat lg. Masa aku beli tu harga 20g Public Gold ni RM2154 tambah lak RM10 utk delivery cost. Yang aku x faham sebenarnya delivery cost ni. 20g = RM10, 50g = RM20 pastu semakin bertambah berat semakin bertambah delivery cost. Padahal benda tu bukannya besar sgt pon..hahaha ikut pendapat aku la..
Ni aku nk tunjukkan gamba emas yang aku beli siap ngan certificatenya sekali. Sila tatap la untuk sesape yg nk tatap. Kecik je tuannya..tp aku dh leh start bangga sbb aku dh start menyimpan emas..

Certificate - ada size kat situ..agak2 la besa mana budak emas 20gram ni

Front..siap ada no siri kat bwh

Back - cetak2 byk2 public gold tu pasal minting cost tinggi tu..hahaha..

Sambung cerita..aku beli kat agent Public Gold di Kota Bharu. Nama dia Arifah Arifin. Bila baca balik dlm blog Jutawanemas, mmg syukor pernah mention pasal Cikgu Arifah ni..pasal dia ada ajar cemana nk dapatkan 5-6% keuntungan sebagai agent Public Gold. gtu rupanya..patut la Kak Ery ni siap offer komisen lg kat aku kalo aku introduce buyer.. Tp xpe..try gak promote emas ni kat kawan2 & family..bukan harap sgt kat komisen, tp nk bantu kawan2 & family. Akak tunggu la nnt ada la tu yg nk beli ngan akak..Kepada sesiapa kat Kelantan yang nk beli emas Public Gold, buleh kontek Kak Ery atau nama rasminya dlm web public gold adalah Cik Arifah..hehehe..Cik pon cik la.. Arifah Arifin : 019-9364726/019-9244726 atau email beliau erykhari@yahoo.com.
Jadi sape yg nk beli emas kat Kelantan, kontek la Kak Ery ni pastu masa beli tu jgn lupa sebut nama aku byk2 nnt aku buleh komisen byk2...kan kak ery kan?? Lg satu..anak kak ery lawa tow..tp baru form 3. Sorg je ppuan, so sape jd menantu kak ery leh tumpang best la..So sape berminat, leh kontek skrg (berminat beli emas aa bukan pasal anak kak ery) sbb kak ery sorg je skrg ni agent public gold kat Kelantan..x lama lg ada la lg sorg agent nama eye lak kat kelate..hahaha..
(koreksyen : rupanya ada lg sorg agent public gold kat kelantan, tumpat..x perasan lak..solly)
Tambah lg..ni lak award yg Public Gold dpt dr Malaysia Book of Record..so x perlu risau dengan ketulenan emas keluaran Public Fine Gold nih..

Public Fine Gold telah mencatat rekod sbg pengeluar emas tempatan pertama di Malaysia yg mendapat pengiktirafan assayer dr segi ketulenan gold bar keluarannya (20g, 50g & 100g). Assayer tu pulak maksudnya orang yang menjalankan ujian ketulenan ke atas emas. Nak baca lebih lanjut sila ke blog jutawanemas.
Ok tu je la..sebenarnya dh start malas balik nk update blog ni..tp sbb dh janji ngan kak ery, maka aku merajinkan diri aku utk post this entry.. mood belom mari lg..tp biasanya dh start wat 1, maka akan ada la yg seterusnya...

Sekian.. majulah emas utk diri sendiri...


1 kutukans:

cdanhash said...

Salam bro... tahniah kerana melibatkankan diri anda dalam arena gold. Satu pelaburan yang boleh dimulakan dengan modal yang rata2nya semua orang mampu berbanding hartanah.

Cuma PG Gold Bar mengenakan Delivery Fee tetapi Dinar PG tidak.

Jika untuk koleksi cuba lihat Maple Leaf dari OUB... cantik, menarik dan tertarik. Sprednya lebih rendah dan harganya lebih murah dari Kijang Emas. Ini dapat memaksimakan keuntungan.

Gantikan simpanan anda dengan emas....