CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Wednesday, November 19, 2008

Cerita sampingan... Paku Di dinding..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun utk suatu masalah yg kecil.

Pada suatu hari, bapanya menghadiahkannya seguni paku.."Utk apakah paku2 ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kau marah, kau pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu." jwb ayahnya.

Maka pada hari pertama sahaja pemuda tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas bererapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakannya juga semakin kurang. Dia mendapati, lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walaupun sekali. Dia pon memberitahu ayahnya perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut semula paku tersebut satu demi satu.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut dr dinding tembok. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangga.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik anakku..tetapi lihatlah kesan2 berlubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, x kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal dengan perbuatanmu, namun lukanya tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu sehingga beroleh kejayaan. Sahabat juga adalah pendengar, Berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kamu...

1 kutukans:

Anonymous said...

sorry comment td utk cerita kain pak imam.. utk cerita paku, cerita ni sy anggap sbg simbolik dan patut dibaca masyarakat umum.. tahniah.. tulisan yg sgt menarik