CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Time

Saturday, November 15, 2008

Cerita hari sabtu : Bagaimana Nak Kerja Offshore??

Aku terjumpa benda ni dlm folder aku..
maka dengan toing2 aku pn masukkan la dalam blog aku ni..
moga sape2 yg terasa nk keje offshore tu buleh la jadikan panduan..tapi perlu diigtkan bahawasanya aku x terlibat dengan cara2 sedemikian rupa utk bekerja di offshore..dan artikel ni dh diedit utk kesesuaian aku sndiri bercerita..siap tambah2 lg la


Pembuka Kata : Sesat Tanpa Arah!

Soalan 1 : Bagaimana nak dapatkan kerje offshore oil&gas?
Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?
Soalan 3 : Kerja bagaimana?2 minggu offshore kemudian 2 minggu cuti ke?
Soalan 4 : Selain Petronas & Shell, syarikat apa lg yg provide keje offshore?

Soalan 1 : Bagaimana nak dapatkan keje offshore oil&gas?
Proses mendapatkan keje sebenarnya sama dengan industri lain, hantar resume, interview, orang dalam, cable kroni dan lain2. Persoalan yang sebenarnya ialah; kebanyakan orang tidak mengetahui syarikat2 yang menawarkan keje offshore ni. Yang orang tahu hanya petronas, shell, esso dan nama2 stesen minyak yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya ada beribu2 syarikat yang terlibat dgn offshore oil&gas ni. dapatkan direktori syarikat2 berkenaan di sini. www.offshoreman.com/oilgas. pastu cari sendiri la dalam ni..

Dari direktori ni anda leh lihat pelbagai syarikat dengan pelbagai jenis jawatan yg ditawarkan berdasarkan pelbagai tahap kelayakan. call la, pastu anta resume sekiranya ada kekosongan. (perlu diigatkan di sini bahawa cara ini adalah cara paling standard dan memerlukan luck yang tinggi utk bjaya..maka kalo rasa2 diri tu tada ONG...tpulang laa...

Jadi alternatifnya??
step 1 - pohon posisi kerja yg mungkin tidak memerlukan anda pergi offshore di syarikat berkenaan.
step 2 - bina network anda dengan berkenalan dengan vendor2 dan org2 syarikat lain, kenali industri dengan lebih rapat dan berpindahlah ke syarikat lain yg lebih baik atau tawarkan diri utk bertukar ke jbtn dlm syarikat yg terlibat terus dengan keje offshore.

dan byk cara lg..cari sendiri la..

Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?
Part yg paling best..sebab sememangnya gaji mmg lebih sket la pasal ada offshore allowance..tp dh mmg menjadi tradisi..bila kita kata kita keje offshore, mmg org akan kata gaji banyak..ye la byk la kot..tp byk yg x byk..tgk keadaan gak la..
Selain tu, ketika bekerja di offshore segala2nya ditanggung..org kata, makan tanggung berak cangkung. perbelanjaan pn kurang pasal kat offshore xdok kedai kopi, xdok mesra mall, xdok panggung wayang, xdok aweks nk kena belanja mkn..
Atau cuba lihat dari sudut lain lak, harga minyak naik..industri lain terjejas gak, tp bg industri oil&gas, sudah tentu la booming..(maka byk la bonusnya..tp minyak dh turun, tada bonus la gue thn depan kot..huhuhu)

Soalan 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ke?
Ini satu lg soalan yang menunjukkan kurangnya pengetahuan org ramai ttg industri ni. selalunya keje 2 minggu & off 2 minggu tu adalah utk client shj, maksudnya Petronas, Shell, Esso n seumpama dengannya. Ada gak sub contractor yg terikat ngan syarat ni. Tp utk lebih jelas lg, keje offshore dok kat laut ada yg mencecah sehingga 60 - 90 hari x balik2. semuanya tertakluk pada company la..
Tentang cuti lak, client dpt 1:1 iaitu sehari offshore n sehari cuti kat darat. Maka wujudnya 2 minggu offshore & 2 minggu off days. tp ni semua terpulang pada company la n tertakluk pada syarat kontrak yg dpersetujui antara pekerja & majikan.

Soalan 4 : Selain Petronas & Shell, syarikat apa lg yg provide keje offshore?
ha yg ni check balik direktori yg telah diberi td...

Akan tetapi....
Yaaa........ada tetapinya jugak..ada juga kekurangannya. org dok kata best keje offshore. Ha ni dia keburukannya..Berikut adalah sebahagian daripadanya.sekiranya sanggup menghadapi, boleh la try apply keje offshore

1. Anda sanggup meninggalkan keluarga sehingga 60 hari?
2. Keje x tentu masa, paling kurang 12 jam per shift.
3. Keje dengan ikatan kontrak, maksudnya bukan keje tetap. kontrak biasanya dari sebulan sehingga 2 tahun untuk satu terma.
4. Anda bersedia utk tidak mempunyai keje jika syarikat tidak mendapat projek?


OK..tu je la yg aku petik dlm artikel tu..tp byk perkara yg x tlibat ngan aku..benda ni in general..on more tu subcontractor la. Macam aku ni, dh permanent..n kalo dlm artikel ni, aku keje ngan CLIENT seperti yg disebutkan tu la..

nnt aku sambung lg..n aku ulas benda ni ...semoga dapat pengetahun dr benda ni..


0 kutukans: